Tuesday, September 14, 2010

FACEBOOK OH FACEBOOK

Ape bestnye FACEBOOK nie?? jgn kate org ak pun same gak.x tau le pe yg gilernye FB nie..ak pun felik bin ajaib toi..blh dok lepak2 tgk FB nie 4 5 jam tanpe henti..hemm...something about FB yg ak nk kaji..hehe..bacela erk..





Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo SaverinDustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".
Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.
Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.


MENARIK TENTANG FACEBOOK.

Ketika ini dunia digegarkan oleh satu revolusi laman web sosial yang meletup secara mendadak. Keadaan ini boleh diistilahkan sebagai kegilaan terhadap Facebook.Disana sini orang berbicara tentang Facebook.Siapa yang tidak tahu mengenai Facebook dianggap ketinggalan zaman.
Ketika ini nilai facebook dianggarkan adalah sebanyak USD 508,397,917 dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa. Nilai kekayaan owner facebook pula dianggarkan sebanyak USD1billion pada tahun 2009.
Jumlah pegawainya pula telah mencapai lebih 400 orang.Akan tetapi, Facebook adalah organisasi yang unik. Para eksekutif dan pegawai tertingginya masih muda,iaitu antara 24 tahun-37 tahun. Markas besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa.
Pejabat Facebook
Akhirnya, setelah lama memiliki pejabat yang berpisah antara satu sama lain di berbagai penjuru Palo Alto, kini Facebook memiliki satu pejabat sendiri yang cukup besar untuk menampung semua pegawainya di Palo Alto. Pejabat baru tersebut mempunyai keluasan 150 ribu kaki persegi.
Para pegawai, yang setiap hari mendapat makanan percuma dan bekerja sambil melakukan kegiatan yang mereka minati. Ada yang bermain gitar,kapal terbang control, atau bergoyang ditemani muzik seorang disc jockey (DJ).
Mereka juga tidak perlu berpakaian rapi. Celana pendek dan sandal jepit adalah pakaian kegemaran mereka di pejabat. Zuckerberg mengaku tidak berapa gemar suasana pejabat yang terlalu formal.Meskipun sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 juta Zuckerberg tetap tampil seadanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai.

BANNER DESIGN FOR INS'ai 2010

Nie la one of my hobbies. Hehehe. Bab 2 Design2 nie mmg i like it.. Nak jd kerjaya dlm plan la. waa g2..Harap2nye idea2 nie leh la bagi tuk majukan KHAR yang tersayang.



BANNER DESIGN FOR INS'ai 2010



NAME TAG DESIGN FOR INS'ai 2010



NAME TAG DESIGN FOR INS'ai 2010



INVITATION CARD DESIGN FOR INS'ai 2010